Thursday, December 2, 2010
-Mula dengan kenapa aku dah lama tak menulis dalam blog ni. 4 minggu lepas mak mertua aku xcident maka sbg menantu yg solehah hehehe kena la aku menjaga mak mertua aku. Pada masa yg sama suami aku lak cuti (lalala) makanya my family n me tido lah kat umah mak mertua. Tapi sebenarnya xdelah jaga sangat sebab aku pun bukan larat sgt. Aku kan sedang sarat skg. Cuma meneman aje. Tambahan pulak Bukhari demam. Aku lebih fokus pada anak aku. Bukhari kena buat nebulizer tiga hari berturut-turut. Kesian anak ummi. Bukhari ala-ala nak kena athma. Letih jugak 3 kali sehari nak p buat neb. Dr kata pagi around 10am, ptg 4 pm and mlm 8 pm. Tapi demi kesihatan anak tercinta dan keluarga tersayang. Ku hadapi dgn tenang. Lepas tu terus raya haji. Jadi stay je la kami kat sana. About my mertua. xcident xteruk sgt. Cuma lebam2 dan lutut sakit. Biasalah dah berumur gini ligamen lutut dah xde. Terhentak lak masa xcident. Lagi teruk jadinya. Mak mertua aku xsesuai naik motor dah. Kena buy a car. Baru sesuai.
- Lepas tu bila balik umah sendiri aku dah malas nak online. Setelah seminggu lebih duk umah baru aku online balik. Baru ni keputusan PTM keluar tp aku xlayak huhuhu. Sedih, menangis jugak aku. Tension xde keje. Tertekan. Semua ada. Mahunya tidak. Aku dah biasa keje dan ada duit sendiri. Nak apa semua aku boleh beli. Ni tiba2 semua hilang. Tak tau la nak ckp. Sabar lah selagi termampu. Pastu ada intebiu PP kat pej agama alor star. Aku xpegi sebabnya, 30/11 intebiu kul 8am. Aku dpt tahu 29/11 kul 10pm. Mcm mana nak p. Persiapan apa pun xbuat. Haritu pulak aku baru je blk dari alor star. P umah abg aku. Bawak kakak aku yg dr KL. Frust gile. Malam tu aku tido dgn tangisan air mata lagi. Tertekan sgt xde keje. Aku kena byr hutang2 belajar dari dip-deg. Nasibla master aku dpt scholarship. Byk benda yg aku teringin nak buat. Byk benda aku teringin nak beli. Tapi semua xboleh. Sedih.....
- Lets forget it. Kalau fikir2. Nanti lain jadinya. Skg ni aku masih meneruskan kehidupan spt sebelum ni. Very bored but need to accept it. Dah xde keje mcm ni rasa nak duk perak je. Duk sini pun xde buat apa. Umah kat perak tu xde sape duk. Atleast duk sana ada gak la org yg aku kenal. Duk sini, kawan pun xde. Yg aku kenal mak bapa mertua je. Pastu sedara mara pun aku ekna dua tiga kerat aje. Boring kan kehidupan aku. Nak jalan2 pun aku xreti kat sini. Lagipun sini xde tempat nak jalan sgt. Duit pun xde nak jln mcm mana. Sedihkan kisah aku.
- Lama2 mcm ni tertekan aku jadinya.......apa2 pun kwn2 doakan aku ye. Aku nak keje. Lepas ni kalau dpt kl ke luar dr perlis aku pegi je lah. Xnk tolak2 dah. Aku nak merantau bersama anak2 aku. Suami aku kena berulang lah. Xde toleransi dah lepas ni. Ya Allah berikanlah aku pekerjaan yang aku inignkan.....amin....
Sunday, October 24, 2010
Pengorbanan suami
Apa yang diimpikan dalam perkahwinan oleh pasangan suami isteri adalah zuriat yang akan menjadi penyejuk hati dan ia adalah lambang kasihsayang yang merupakan sebahagian daripada fitrah kehidupan untukkesenimbungan hidup berkeluarga.
Perasaan seorang suami terutamanya yang baru berkahwin akan berbaur antara gembira dan cemas apabila isteri memberitahu hasil daripada perkahwinan mereka telah membayangkan mereka akan dikurniakan anak.
Bagi suami yang mengharungi pengalaman pertama isterinya mengandung kena memahami petanda bahawa isterinya akan melalui perubahan fizikal dan emosional daripada biasa dan yang paling mudah petandanya isteri mula muntah-muntah dan kadang-kadang pada peringkat awal banyak ingin berehat.
Belaian suami adalah penting untuk isteri yang sedang mengandung dan bagi pasangan suami isteri yang pertama kali akan mendapat cahaya mata, persiapan bukan sahaja setakat yang berbentuk luaran yang berbentuk fizikal tetapi ia memerlukan komitmen ruhiyyah.
Semasa isteri mengandung banyak yang akan dilalui oleh pasangan suami isteri,kadang-kadang isteri jadi begitu sensitif maka suami kena bersabar kerana kadang-kadang ada isteri yang menunjukkan karenah yangbukan-bukan.Secara manifestasi luaran sebagai seorang suami perlulah menunjukkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri agar berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, sebagai contohnya dengan mengusap lembut kepalanya .Seorang suami atau ayah harus menunjukkan rasa bahagia terhadap janin di dalam kandungan isterinya dengan membelainya sebagai tanda sokongan mental yang menyenangkan hati bakal zuriat yang bakal dilahirkan.
Pada saat-saat kehamilan itulah isteri perlukan belaian kasih sayang dan keprihatianan suami dan janganlah biarkan isteri bersendirian maka dampingilah isteri sekerap mungkin umpamanya ketika isteri menjalani pemeriksaan doktor.
Jika keadaan membenarkan eloklah suami sendiri bersama isteri berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan isteri dan mungkin ada perbincangan yang perlu dilakukan oleh doktor dengan kehadiran suami.
Bagi pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung dengan ibu mertua terutamanya ibu kepada suami, para suami perlulah memahami perasaan isteri yang mungkin mudah terasa kerada kehadirannya maka suami kenabersikap sabar dan mengambil sikap keterbukaan.
Sewajarnya seorang ibu mertua kena memahami keadaan anak dan menantu yang sedang mengalami saat-saat yang mencabar untuk mendapat zuriat maka bahtera rumah tangga anak itu sepatutnya dikemudikan oleh seorang anak yang bergelar suami.
Hiburkan hati isteri untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin dengan mengalih perhatian seperti mengajaknya berbelanja keperluan bayi dan pujilah bahawa isteri itu tetap cantik di mata suami.
Apabila disorot daripada sudut agama bayak perkara yang perlu dilakukan oleh seorang suami untuk mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi ketika isteri sedang mengandung iaitu dengan banyak berdoa dan bertaubat kepada Allah s.w.t. untuk mengharapkan zuriat yang solih.
Suami hendaklah selalu membaca Al-Quran bersebelahan dengan isteri dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baikyang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan mengerjakan solat berjemaah dengan isteri jika sihat ataupun di masjid sebagai tanda ububdiyaah terhadapAllah s.w.t.
Jika isteri merasa selesa bawalah isteri ke majlis ilmu atau menziarahi orang solih dan hendaklah bersikap sabar dalam menjalani hubungan suami isteri dan menjauhi daripada marah dan bersikap benci terhadap isteri.Suami perlu banyak berdoa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak yang didalam kandungan dan banyakkan bersedekah dan menyantuni jiran-jiran dan teman-teman.
Cinta yang telah terjalin apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri perlulah terus dipupuk sebagai teman hidup yang paling dekat dan hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur dan jangan sesekali dengan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
Sebagai suami yang soleh dia akan bersifat empatik untuk turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung dan suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi nasihat dan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat agar isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Saat isteri akan melahirkan anak sewajarnya suami ada di sisi dan perkara ini adalah amalan biasa di Barat, OK suami berada katil isteri tetapi di Malaysia hanya ada beberapa klinik persendirian yang membolehkan suami untuk bersama di samping isteri ketika melahirkan anak.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita dan dari segi fizikal, dia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat serta jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa dan buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam dan suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan,semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat.
Mungkin ada isteri mengambil kesempatan "over" manja dan suami yang teramat sayang pada isteri akan membuat semua kerja rumah, isteri diberi cuti,semua kerja dibuat suami termasuklah memasak, membasuh baju dan mencuci pinggan mangkuk.
Isteri menjadi terlalu manja kerana sayangkan suami justeru dia tidak ada tempat lain untuk mengadu kasih.
Cintai dan harigailah isteri
Al-kisah,Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !
~~~~~ ‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…. …..
Begitulah besarnya pengorbanan seorang insan bernama ISTERI.Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas mendirikan rumahtangga menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Seorang isteri sanggup menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri.
Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa.Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
Itu belum dikira pengorbanan seorang isteri dalam mengandungkan anak suaminya yang pastinya akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.Secara peribadi,setelah menyaksikan isteri saya yang mengandung khususnya dan wanita-wanita lain amnya,saya sendiri rasanya tidak sanggup melalui jerih perih seorang isteri semasa mengandungkan anak…bermacam-macam susah payah yang dilalui,morning sickness la,tak boleh makan sesuka hati,jalan yang tidak selincah seperti sebelumnya dan bermacam-macam lagi.Itu belum dikira seandainya dia mengalami ujian semasa mengandung atau melahirkan bayi yang tidak cukup umur seperti yang terjadi kepada isteri saya dan ibu-ibu yang senasib sepertinya…bagaimana kekuatan jiwa diperlukan dalam melalui ujian Allah tersebut.
Moral of the story…hargailah jasa isteri…bekerja 24 jam sehari,7 hari seminggu tanpa gaji.Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri pada hakikatnya adalah untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.
Wednesday, October 20, 2010
Apa aku buat minggu ni....
Esok aku kena gi klinik untuk check up baby in my tummy.... Hemm jumaat ada interbiu.... Esok kena la menghadap YB untuk minta signature untuk salinan fotostat sijil2 aku.... Sepatutnya skg ni aku kena baca2 apa yg patut untuk intebiu tp malas no le rasanya... Mcm xdpt aje hahaha... -ve no aku ni... Ntah2 ada rezeki anak aku ye tak... Doakan lah kawan-kawan agar aku dpt keje ni.... Kalau dapat xdelah aku asyik tensen sengsorang sbb xde keje.... Dah lama aku xpegang duit... Ni nak bayar hutang kete segala bagai ni.... Sebelum ni xputus2 ada aje duit aku... lepas aje hbs master duit pun lepas jugak hehehe... Duit biasiswa aku pun dah habis lesap... ish ish ish..... Isnin dan selasa baru ni ada karnival keje kat politeknik Syed Sirajuddin... Mulanya aku nak p.... Tapi pk2 balik... Malaslah.... Mesti keje kilang je yg banyak... Sebabnya sini dekat dgn penang.... Jadinya mesti company dr penang je yg ambil bhgn... Mcm aku p temuduga terbuka kat jabatan tenaga kerja kangar.... semua company penang.... Kilang lak tu.... Kalau keje kilang baik aku cari kat perlis ni.... Dekat le dgn family.... Kalau boleh nak keje dekat dgn family senang.... Aku pun nak masuk 2 anak.....
Lecturer kat UNIMAP aku xtry lagi.... Xyakin sebenarnya.... Aku bab2 kena intebiu ni lembap sikit... Tambah2 kalau dia bg soalan suruh aku bg pandangan.... Yg tu aku lemah.... Skg ni aku tgh berlatih2 bg pendapat... Caranya aku tgk berita kul 8 tu... Pasti aku membebel sengsorang bg pendapat aku.... Aku try speaking... Kalau intebiu lecturer sure kena speaking... Pastu kena mengajar lak tu.... Waduh2 susah sekali.... Anyway aku selalu doa pada Allah swt kalau ada rezeki aku keje kat sesuatu tempat tu.... Bukakan lah pintu hati aku seluas-luasnya untuk mencuba.... Amin.... Jadinya UNIMAP ni aku xdpt seru lagi.... Hopefully dengan kesabaran aku selama ini... Allah bg yg terbaik untuk aku sekeluarga.... Amin....
Dari asalnya nak cite pasal apa aku buat minggu ni... Termasuk bab keje... Panjang lak tu aku membebel... heeee... Rajin aku menulis... Ni nak prepare untuk intebiu... STOP.
Tuesday, October 19, 2010
Masalah nak isi form kerja goverment dah selesai
Wednesday, October 13, 2010
Masalah nak isi form kerja goverment
Masalah ni pun aku rasa kena masuk dlm perbincangan parlimen...pengurusan teruk...
Sunday, October 10, 2010
Perasaan
mungkin tatkala ini perasaan sedih menguasai diri. Sedih kerana apa? marah? terluka? kecewa? etc. Rasanya semua merangkumi. Kenapa ia berlaku? Kerana apa yg dihajati tidak tercapai? Mungkin... Adakah ia nafsu atau keperluan? Pastinya ia adalah keperluan. Susah untuk menyatakan. Takut orang lain terguris. Jadinya terpaksa mengguriskan hati sendiri demi org lain. Semestinya org itu adalah org yg disayangi. Adakah ia berbaloi? Ya....jawapanya ya...jadi kenapa perlu bersedih? Itulah fitrah manusia. Dalam sesuatu keadaan kita terpaksa berkorban demi seseorang dan menanggung akibatnya. Adakah ia akan mendapat balasan baik? Jawapannya redha. Adakah kuat untuk meredhainya? Insyaallah... "Sesungguhnya aku berserah kepada Mu Ya Allah.. Kau kuatkan, tabahkan, kentalkan hatiku untuk mengharunginya. Jadikan hati ku sebersih dan sesuci hati Siti Khadijah".
Tuesday, October 5, 2010
Penantian baby baru ku....
Product information
Carina Bengs
Materials
Basematerial:
Solid beech, Tinted acrylic lacquer.
Bed panel:
Pattern printed fibreboard.
Bedside:
Solid beech.
Layer glued slats:
Beech veneer.
Bed base board:
Fibreboard.
The bed base can be placed at two different heights.
One bed side can be removed when the child is big enough to climb into/out of the bed.
Care Instructions
Wipe clean with a cloth damped in a mild cleaner.
Wipe dry with a clean cloth.
Good to Know
Mattress and bedlinen are sold separately.
Combines with other furniture in the HENSVIK series.
Conversion kit included.
Complies with European standard EN 716-1.
For your child's safety, use a cot and mattress of the same size.
May be completed with VIKARE guardrail.
Item Measurements / Dimensions
Length 123 cm.
Width 66 cm.
Height 85 cm.
Bed width 60 cm.
Bed length 120 cm.
harap2 suami aku setujulah.....aku dah tau mana nak dptkan....canopy yg aku suka pun ada....tp xjumpa lak gambarnya......apa2 pun suami akan buat keputusan....biasala org pompuan....suka ikut nafsu....taste suami sama dgn aku...tp dia tgk budget, keperluan dan brg tu mstlah tahan lama....jadinya xpayah nak beli berkali2...
Kisah konvokesyen master ku...
Yang hadir pada konvokesyen aku...suami, anak2 (bukhari & baby dalam perut), ayah, makcik, kak ayu, maira, fakhrul, kakcik, irfan, hir, kak ebab, fakihah, ana, syada....ramai yg datang pd konvokesyen aku yg terakhir ni.... ni sebenarnya ganti blk masa degree.... xde sape dtg masa degree... actually ayah n hir sekeluarga nak dtg tp tayar pancit tgh jalan...sian diaorg.... xpelah ada kawan baik yg menemani iaitu syada.... dan sekarang merangkap adik ipar aku.....
Konvokesyen kali ni aku dpt banyak bunga....cantik2 belaka....ros putih dr makcik, ros pink dari kak ebab n kak ayu, bunga lili putih dari my ling ling muah and ros putih sekuntum dgn coklat love dari syada n bukhari.... thanks a lot guys.... i really appreciate...syok dpt bunga... org pompuan biasa lah.....
Masa konvokesyen aku cari homestay utk family duk...homestay tu kat kempas....kat kg gunung raya...namanya mcm cite aksi seram kat tv3 dulu...kan....huhuhu...rumah batu kat kg...cantik dan puas hati....disediakan 3 bilik....ruang tamu sangat la besar....boleh 4-5 keluarga dgn 4-5 org anak tido sekali....bilik air best....ada kuih raya disediakan...hehehe untung konvo time raya....rejeki...ada tv but no astro...bantal, tilam, selimut, carpet, towel...disediakan... perabot pula fully furnished...mmg lengkap lah....sgt puas hati.... bayaran rm300....mmg untung dr ambil hotel..actually aku nak book hotel...tp penuh...dahsyat betul...thanks syada tolong uruskan...
Cerita ttg perjalanan aku, suami n anak....hari jumaat kul 4 ptg naik bus etiqa ke bukit jalil....dgn membawa 1 beg baju n beg galas berisi brg2 bukhari kami mulakan perjalanan...bus lewat sikit...dlm 4.13ptg baru bertolak...itupun pegi kuala perlis n alor setar dulu, smp alor setar bus penuh...xde kerusi kosong langsung....maka bersempitla aku, suami n anak dgn dua kerusi vvip....smp alor setar gi solat n tandas dulu....bus bertolak balik kul 6....lambatkan....bukhari tido mcm2 gaya semasa perjalanan tu...biasanya dia bebas tp haritu kena lak tido dlm bus...huhu penat ummi...bukhari siap kongsi kerusi dgn walid demi memastikan anak selesa....semasa perjalan bus berenti dekat r&r simpang pulai....aku punya la lapar...smp aje...aku pun belasah nasi ayam dua pinggan dgn tea tarik ...oppsss...terlebih sudah....suami aku lak bihun sup, nasi lemak, pau kaya n tea o panas...byk kan kami mkn...kami ni bab makan xde had2..suami aku sama je dgn aku.... pastu kami meneruskan perjalanan...smp bkt jalil dlm kul 11.30 mlm...sblm tu bus p perhentian duta dulu utk turunkan passengers....kakayu, abg gee n irfan dah tunggu kat bkt jalil....balik umah kakyu tingkat 6 kat kem askar semarak...makan kudapan sikit dgn tea o...baru tido....ayah n makcik ada sana dah....soknya kul 9.30pg kami bertolak ke nilai...sblm tu kami sarapan dulu kat umah kakayu....kak ayu sediakan capati, sardin, nasi goreng, popia basah (sedap), tea o n milo....mkn tgh hari umah kak ida jap kat planters heaven...dihidangkan dgn lauk daging salai masak lemak cili api, gulai asam pedas, ulam-ulaman, sambal belacan maka makan la kami dgn lahapnya (free hehehe) ...dlm kul 2ptg kami meneruskan perjalanan....kete kakayu, kete ayah....dan jumpa hir di r&r senawang....perjalanan ke johor ni byk gak berenti2....sampai johor kul 4 lebih... syada tunggu kat mobil sri pu3....dan dia bawakan kami ke homestay.....smp homestay....layan pusing2 umah yg best tu seround dua...kami pun mkn nasi impit kak ebab...sedap...huhuhu.....mlm lak kami makan kat mana entah...tp sedap (thumbs up)....nama makanan dia xpernah dgr....servis cepat tahap gaban....superb...ingat lepas makan nak round jb tp sbb ayah xlarat dan kesian budak2 maka kami balik lah....
Keesokannya kul 5.30pg bgn siap2...p utm....thanks to syada bg direction superb punya.... xsesat.... hehehe...aku ni bukannya terror no jln johor ni...smp utm...otw nak ke dewan kasut cabut hahaha....kasut longgar...pnjam kasut kakayu...actually pakai kasut apa2 pun blh.....urusetia xcheck pun....tp xpelah suami ambik tisu dlm kete...aku jolok2 dlm kasut tu...then cuba jalan...tp xleh gak ...last2 aku pakai mcm selipar aje....lipat kasut belakang then aku jln dgn slumber je....sorry kakayu...hehe...tgh jln pak guard tanya kenapa...hahaha malu gak...actually pak guard tu mmg kenal aku....setelah daftar...aku pun gi beratur....jmp fir n yan....kul 8 masuk dewan....nmpk ayah n suami duk tepi pintu dkt tandas....ayah kerap nak ke toilet....xpelah then sambil tunggu nak ambik sijil...aku menguap 10-11 kali smbl dgr kata2 aluan dr NC....toleh kanan kiri....baru la urusetia suruh bgn....setelah selesai smua...vip keluar...maka ballon n bubble dr langit pun turun...best jugak....aku yg dah nak masuk anak 2 ni terasa syok lak....layan...konvo kali ni xskema langsung....agaknya NC baru....sporting....lepas tu aku keluar...cari family tgkp gmbr kat luar2 situ....then p tgkp gmbr studio...mkn, p kedai utm beli cenderahati....tgkp gmbr kat tasik...balik ke kl...singgah air hitam.....tgk kakebab, kakayu n makcik sakan membeli bunga....aku tgk aje...xde nafsu nak beli bunga plastik..sbb xde umah sendiri lagi kot....pastu kami pun bertolak balik ke kl....smp umah kak ayu dlm kul 9mlm lebih...aku siap2 brg...minum tea o bag gee buat (rajin abg gee) dan makan kudap2, abg gee n kak ayu hantar kami ke bkt jalil....yg bestnye otw nak ke bkt jalil kami terlepas exit ke bkt jalil...terus ke tol sg besi...hahaha... masuk exit serdang...ikut blkg upm pusing2 smp la kami ke bkt jalil....alhamdulillah dpt bus etiqa 11.30mlm terus jln....kami duk kerusi depan skali...ruang besar...bentang selimut kat bawah... letak bukahri kat situ....hadang bag takut bukhari merangkak keluar...best tgk bukhari tido.... suami aku tido kerusi belakang.....bus tu bawak laju giler...smp terowong kat perak kul 1.44pg....smp kangar kul 5pg...baru bukhari bgn....lege aku...xpenat sgt....ambik taxi...taxi pun bawak laju gile....mcm nak runtuh dia punya dinding kete....smp umah 5.20pg....alhamdulillah selesai perjalanan kami.......
Maka dgn ini selesailah perjalanan konvokesyen aku.....Gambar ada kemudian la aku upload....
Wednesday, September 22, 2010
Thursday, September 2, 2010
Persiapan raya 2010
kuih raya lak...xbuat pun...suami aku jual kuih raya....jadinya ambik yg itu aje hehehe...tp next year aku nak beli oven...nak juga jadi ummi yg sempurna...boleh memasak, jaga anak suami, menjahit, mengemas..kiranya nak jadi superb mom la aku ni...
berkenaan dengan persiapan umah...ni xde langsung...sbbnya kami bukan beraya disini... kami beraya diumah mertua...n maybe balik perak kot... kalau suami dpt cuti...
Tuesday, August 17, 2010
Alhamdulillah selesai kerja master ku
Skg tunggu panggilan untuk konvokesyen. Aku agak lewat sikit dengan kawin dan delivered baby nya.Kat sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami tercinta (my ling ling muah), anak tersayang,
family aku, kakak aku yg best, kawan seperjuangan aku syada, umi, hilmi, fir, yan, cuja, alin, kak roha, pn zu, kak shahreen dan yg lain-lain terlibat tetapi tidak disebut.
Banyak pahit getir yg aku lalui semasa buat research master. Ada best, geram, sakit hati, gembira, happy lalala, sedih dan mcm-mcm rasa, lebih lagi dari ikan 3 rasa. Tapi yang aku amat ingat adalah perkara yang happy aje. anyway thanks a lot to all....ILOVEUALL.