Wednesday, May 27, 2009

Our Honeymoon


Honeymoon ni dirancang secara mengejut. Sebelum ini kami ada merancang nak haneymoon sana lah sini lah, tapi tak jadi-jadi :(. Satu hari suami aku pegi kursus ke Langkawi. Semasa disana dia bagitau aku dia dah booking bilik dan kereta untuk kami honeymoon next week. Ahhhh macam mana ni, aku kat Johor masa tu. Aku perlu settled kerja aku kat situ, yang the most important aku perlu jumpa supervisor aku before aku balik ke Perlis. The problem is supervisor aku tak tetapkan appointment date untuk next week. :( suami aku kata kalau tak jadi next week, memang kami tak de peluang dah untuk honeymoon sebab masing-masing sibuk huhuhuhu....aku pun cubalah sedaya upaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Jadi 16hb.Mei.2009 (Sabtu) kami berangkat ke Langkawi. Ini first time aku jejak kaki ke Langkawi, excited giler. Actually kami planning untuk ke Langkawi pada petang jumaat 15hb, kiranya dapat lah lepak smp isnin, adalah 4 hari kami di sana. Hari Isnin tu Perlis cuti, hari Keputeraan Raja Perlis. Tapi tiba-tiba maktab call minta suami aku pergi meeting. Aku pun katalah tak apalah nak buat macam mana. So, hari Sabtuaru kami berangkat, kononnya aku akan tunggu suami aku kat Maktab then kami akan terus ke Jeti Kuala Perlis. Pada mulanya, aku kira-kira meeting tu paling lama ambik masa 3 jam. So aku setuju jelah, mak mertua aku tak bagi aku tunggu kat sana, dia suruh suami aku ambik aku semula di rumah. Tapi suami aku kata meeting mungkin sekejap dan lepas tu nak terus pegi sebab Jeti Kuala Perlis dah dekat dengan maktab. So aku pun tak kisah sangat. Tup tup sekali aku kena tunggu 4 jam da. Masa tu aku dah hangin 1 badan. Apala meeting lama sangat. Dari pukul 9.30 pagi sampai hampir kul 2 petang. Subhanallah saja yang tau dengan panasnya aku kat situ dan laparnya. Pada mulanya aku marah tapi setelah suami aku bawak aku makan tempat sedap..dan setelah kenyang baru aku cold down. hehehehe. Pastu lepas solat zohor, suami aku kata actually meeting continue balik petang tu. ahhhh gile apala meeting lama-lama. Takde perancangan betullah diaorg ni. Banyak sembang kata suami aku, start meeting pun lambat kul 10.30, huh.

So lupakan yang tu, sampai je feri kat Jeti Langkawi, aku dah senyum meleret aje. Dalam tak perasaan rupa-rupanya suami aku tersengih-sengih tegak telatah aku yang excited tu. hihihihi. Kat Langkawi cousin sepupu aku ambik dan hantar ke hotel. Kat sana kami tak jalan-jalan banyak tempat, disebabkan kurang masa. Setakat pegi Underwater World, naik Cable Car, lawat Lelaga 7, mandi laut (main lawan-lawan, kejar-kejar, eksyen kamen dan kameha meha dengan air) dan shopping kat Beras Terbakar (beli kain batik). Then kami balik Isninnya.

Kesimpulannya, everyting is fine, enjoy dan paling syok kami bercinta lagi. hehehehe.....

Im Pregnant :)


Become a mother....ahhh tak sabarnya nak jadi ibu. Alhamdulillah aku disahkan mengandung 2 bulan. Betul-betul bunting pelamin hihihi. Dulu terfikir apa tu bunting pelamin, tapi sekarang aku dah tau ;). Agak mengejut berita ini untuk aku dan suami, tapi itu rezeki. Jadi aku dan suami perlu bersyukur ke hadrat ilahi di atas pemberian ini.

Sekarang terfikir anak perempuan ke lelaki. Bagi aku dan suami, mana-mana pun boleh. Nama pun kami tengah fikir. Kepada kawan-kawan, sekiranya ada cadangan bolehlah kemukan kepada kami :). Hadiah tak de ye hihihi. Apa yang penting bagi aku dan suami, anak itu soleh/solehah, taat kepada Nya, ibu bapa dan hormat persekitarannya, bijak iaitu berguna untuk agama dan negara amin. Doakan ye kawan-kawan :).

Sunday, May 10, 2009

Ayat-ayat Cinta

Aku suka sangat cerita ni. Cerita ni penuh konflik dan diisi dengan unsur-unsur cinta manusia dalam cara islam. Cerita ini betul-betul mengusik jiwa sehingga aku sendiri tertanya mampukah aku menjadi seperti Aisyah...Gadis tabah dan sentiasa mengharap rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Gadis comel yang amat setia pada suaminya dan amat kuat mengharungi liku-liku kehidupannya. Bagaimana dengan Fahri jejaka bijak yang sentiasa percaya akan ketentuan Allah s.w.t. Fahri adalah lelaki sopan, baik dan masyhur dikalangan pelajar universiti membuat kan ramai gadis tertarik dengannya dan ingin memilikinya. Sesudah itu Fahri yang amat setia dan percaya ketentuan Allah telah menikahi gadis bernama Aisyah yang diperkenalkan oleh tok gurunya. Beliau amat menyintai akan isterinya, telah diuji pleh Allah dengan terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh cabaran. Beliau dituduh memperkosa Nurou seorang gadis yang tiada pendirian dan.Subhanallah, uniknya cerita ini.

Tuesday, April 14, 2009

My Wedding

Aku (Surayati Ismail) bersama Riduwan Ismail alhamdulillah selamat di ijabkabulkan pada malam Sabtu 07.03.09 selepas isyak dan majlis kenduri dilangsungkan pada 08.03.09 (Ahad) dirumah aku di Kuala Kangsar manakala pada 09.03.09 (Isnin) dilangsungkan majlis kenduri dirumah lelaki di Perlis.

Perkahwinan ini adalah dasar suka sama suka dan persetujuan keluarga diantara dua pihak. Tiada erti cinta antara kami berdua, hanya berbekalkan status berkawan dan faham diantara satu sama lain, kami bersetuju di ijabkabulkan.

Alhamdulillah pada majlis perkahwinan ku dan suami, semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat teman jauh dan dekat yg telah hadir ke majlis sederhana ku. Doa kan kami bersama hingga ke syurga, dan dapat ku jadi bidadari untuk suami ku.......

Thursday, November 27, 2008

Hehehe Just for laugh

Apa Kes Ni wahai umat Islam


Cerita kat bwh ni aku dpt dr email aku bertarikh 26/11/09 (rabu). Baca lah dulu….


Subject: Fatwa-fatwa yang akan datang - Please read

Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang
Kristian. Tetapi dianiaya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.

Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :

Disember 2008
Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam
yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi).
Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

Januari 2009
Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti
penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang, beliau mungkin
terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling
baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan diberi
elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri
Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.

Februari 2009
Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan "beer" ini
boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang
Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

March 2009
Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah
India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur Indiadi dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai
seluar dalam buatan India. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari memakan
di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia sendiri mamak kelas I)

April 2009
Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri Chinadan oleh yang demikian, mungkin
terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu banyak
bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga
(tetapi bola raga mesti buatan Malaysia, bukan dari Thailand).

Mei 2009
Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar pendapatan
kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam digalakkan meminta
sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah digalakkan mencangkung
di hadapan bangunan UMNO.


Jun 2009
Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam.
Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan sambil belajar ke Bangkokoleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.
Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun hanya jika diiringi oleh
ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.


Julai 2009
Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang tak
ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai 2009,
dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang. Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan
menggunakan sekumpulan specially trained monkeys. Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam tetapi
pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan makan dan minum sahaja.




Please do not laugh. Many of the above will become a reality if we do not do anything. The rational-thinking muslims in this country
are simply not doing anything. We let a very small minority of narrow-minded idiots to control our lives. We, especially the Malay
muslims, are fast becoming a laughing stock worldwide. We are obsessed with the little little things.

When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys,
yoga, etc, etc. Why don't we ever hear anything from the Fatwa folks for social justice, eradicating corruption and poverty, protecting
single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society.

If you are a rationale, forward thinking muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with
whatever is happening. And do not blame the non-muslims for all our troubles. We are asking for it.



Korang sbg umat islam xsakit hati ke baca? Jgn ingat benda2 mcm ni main2 la…apa kes ni. Untuk org yg berpendapat mcm ni. Korang ni cukup ke ilmu agama?? Bila korang buat mcm ni aku rasa, mmg korang ni buta agama la, please la don’t do something stupid ok.. jgn pandang remeh la benda mcm ni. Mulanya aku dpt email ni..aku ingat yg send org kafir…rupa2nya org melayu!!!! Kurang ajar la korang!!! Aku cukup pantang org cetek ilmu agama ni nak tunjuk belang…nak tunjuk pandai ckp mcm tu… shame of u la guys..tolong la buka minda + baca quran dan maknanya skali….aku malu….mmg malu dan rasa terhina dgn org mcm ni….!!! Korang sama taraf dgn org dutch yg menghina Rasulullah saw….berubah ok..Allahuakbar!!!

Saturday, November 22, 2008

Bercinta sebelum @ selepas Bernikah .?

Ada orang kata bernikah (atau perkataan biasa orang melayu gunakan ‘kahwin’) dahulu baru bercinta lebih nikmat cintanya berbanding bercinta sebelum kawin. Ada juga pendapat mengatakan kenal @ bercinta dahulu sebelum kawin sangat penting untuk mengenali hati budi seseorang. Jadi mana satu kah yang lebih afdal??. Setengah orang kata ….‘jodoh…. bercinta @ tak sebelum kawin xkisah, nak xnak kita tetap kawin dgn jodoh kita’. Bagi aku bercinta xbercinta…sama je….Cuma dikatakan lebih baik becinta selepas kawin tu tujuannya nak mengelakkan maksiat. Kita sebagai umat islam tahu dan perlu tahu batas hubungan dengan yang bukan muhrim. Sedangkan pandangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim (yang dianggap mudah dan remeh dikalangan umat islam sekarang) itu adalah aurat, jadi sendiri kena tau lah batasnya. Bak disebut oleh Ziana Zain didalam nyanyiannya ‘bercintalah berpada-pada, usah serah segala..turutkan hati turutkan rasa…diri sendiri kan merana…’ lebih kuranglah, aku pun xingat sangat lirik ni. Tapi aku tidak mengatakan bercinta sebelum kawin adalah tidak seindah cinta selepas kawin. Itu sebenarnya based on diri pasangan itu sendiri. Kalau mereka berkeinginan ingin mengakrabkan cinta selepas kawin, dan bersama-sama meng ikhtiar kan nya untuk mendapat yang terbaik, jadi insyaallah baik lah hubungan itu. Bercinta selepas kawin amat sesuai untuk orang yang mahu mengelakkan maksiat dengan pasangannya. Biasalah bila lelaki dan perempuan bertemu, ada lagi satu makhluk diantara mereka yang akan sentiasa menghasut. Ini bergantung pada kekuatan iman inidividu sama ada ingin mengelak atau terjebak…..:)…..Tapi aku lebih suka kenal2 dulu then rasa ok..kawin je terus…dan jgn lupa buat solat sunat…untuk pilhan yang terbaik..:)…