Saturday, November 22, 2008
Bercinta sebelum @ selepas Bernikah .?
Ada orang kata bernikah (atau perkataan biasa orang melayu gunakan ‘kahwin’) dahulu baru bercinta lebih nikmat cintanya berbanding bercinta sebelum kawin. Ada juga pendapat mengatakan kenal @ bercinta dahulu sebelum kawin sangat penting untuk mengenali hati budi seseorang. Jadi mana satu kah yang lebih afdal??. Setengah orang kata ….‘jodoh…. bercinta @ tak sebelum kawin xkisah, nak xnak kita tetap kawin dgn jodoh kita’. Bagi aku bercinta xbercinta…sama je….Cuma dikatakan lebih baik becinta selepas kawin tu tujuannya nak mengelakkan maksiat. Kita sebagai umat islam tahu dan perlu tahu batas hubungan dengan yang bukan muhrim. Sedangkan pandangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim (yang dianggap mudah dan remeh dikalangan umat islam sekarang) itu adalah aurat, jadi sendiri kena tau lah batasnya. Bak disebut oleh Ziana Zain didalam nyanyiannya ‘bercintalah berpada-pada, usah serah segala..turutkan hati turutkan rasa…diri sendiri kan merana…’ lebih kuranglah, aku pun xingat sangat lirik ni. Tapi aku tidak mengatakan bercinta sebelum kawin adalah tidak seindah cinta selepas kawin. Itu sebenarnya based on diri pasangan itu sendiri. Kalau mereka berkeinginan ingin mengakrabkan cinta selepas kawin, dan bersama-sama meng ikhtiar kan nya untuk mendapat yang terbaik, jadi insyaallah baik lah hubungan itu. Bercinta selepas kawin amat sesuai untuk orang yang mahu mengelakkan maksiat dengan pasangannya. Biasalah bila lelaki dan perempuan bertemu, ada lagi satu makhluk diantara mereka yang akan sentiasa menghasut. Ini bergantung pada kekuatan iman inidividu sama ada ingin mengelak atau terjebak…..:)…..Tapi aku lebih suka kenal2 dulu then rasa ok..kawin je terus…dan jgn lupa buat solat sunat…untuk pilhan yang terbaik..:)…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment