Wednesday, September 22, 2010

Selamat Hari Raya

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Selamat Hari Raya 2010 (1431 Hijriah)




Scrapbooking at WiddlyTinks.com


Photo Albums at WiddlyTinks.com

Thursday, September 2, 2010

Persiapan raya 2010

Sempena raya 2010 ni insyaallah dan alhamdulillah aku berkesempatan meraikannya bersama suami dan anak tercinta... seronok rasanya tahun ni walaupun persiapan kami sekeluarga amat sederhana... Bercakap pasal persiapan sempena syawal mendatang ni... Tadi baru aje aku, suami n anak p shopping baju raya... tema kami tahun ni dah lari... asalnya pink...tp sudah tukar da... sbbnya aku janji dgn suami nak jahit baju aku n anak by myself...tp disebabkan terdpt sbb yg xdpt dielak (sebenarnya xde la terror no...aku budget nak belasah aje..asalkan ada rupa baju hehehe, dasar baju aku dah siap dah)...dgn aku xlarat dgn suami sibuk...jadinya beli aje lah hahaha senang...tadi cari punya cari disebabkan baju melayu yg dijual untuk kanak2 xde warna pink... ada pun xde size...terpaksalah kami change color...

kuih raya lak...xbuat pun...suami aku jual kuih raya....jadinya ambik yg itu aje hehehe...tp next year aku nak beli oven...nak juga jadi ummi yg sempurna...boleh memasak, jaga anak suami, menjahit, mengemas..kiranya nak jadi superb mom la aku ni...

berkenaan dengan persiapan umah...ni xde langsung...sbbnya kami bukan beraya disini... kami beraya diumah mertua...n maybe balik perak kot... kalau suami dpt cuti...

Tuesday, August 17, 2010

BUKHARI pakai tudung


Alhamdulillah selesai kerja master ku

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya selesai juga kerja-kerja untuk research master aku.



Hard Cover Thesis aku



Declaration Master aku



Abstract aku

Skg tunggu panggilan untuk konvokesyen. Aku agak lewat sikit dengan kawin dan delivered baby nya.Kat sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami tercinta (my ling ling muah), anak tersayang,

My Ling Ling Muah and Cayang


family aku, kakak aku yg best, kawan seperjuangan aku syada, umi, hilmi, fir, yan, cuja, alin, kak roha, pn zu, kak shahreen dan yg lain-lain terlibat tetapi tidak disebut.





Kawan-kawan LCIB


Banyak pahit getir yg aku lalui semasa buat research master. Ada best, geram, sakit hati, gembira, happy lalala, sedih dan mcm-mcm rasa, lebih lagi dari ikan 3 rasa. Tapi yang aku amat ingat adalah perkara yang happy aje. anyway thanks a lot to all....ILOVEUALL.

Friday, July 30, 2010

Perjuangan yang hampir selesai


28.July.2010 (Selasa), ummi kena pegi johor untuk check format thesis. Insyaallah kerja-kerja master ummi almost done and hopefully this will end. Lama sangat dah tertangguh. Hari ni Jumaat, tadi pegi jumpa kak emy untuk check format thesis, alhamdulillah xbnyk kena betul. Lepas ni boleh terus jilid dan buat hard cover. Rasa macam nak raikan tapi cinta hati ummi iaitu walid dan bukhari xde. Really miss both of u. Before come here walid and bukhari dah raikan birthday ummi, awal seminggu, sweet sgt dpt raikan dengan anak tahun ni. Suka tgk bukhari ketawa masa walid nyanyi lagu ulang tahun ummi. Agaknya dia ingat walid dia nyanyi hiburkan dia kot...hehehe... Walid telefon kata bukhari xmau makan, susu, tidur...dia ingat kat ummi..hukhukhuk... sabar ye syg insyaallah selasa ummi balik....rabu kita jumpa.....esok nak pergi hantar thesis untuk buat hard cover kat rainbow, before that pegi print thesis kat i print.... sehela 0.06 sen...har cover satu rm17, banyak nak pakai duit ni....steady ummi....berjuang untuk bukhari n walid.... xsabar nak balik nak tgk kuih raya maktok....push stop

Thursday, January 7, 2010

Presenting Muhammad Bukhari Mohamad Riduwan



Anak aku Muhammad Bukhari. Lahir pada 25 November 2009 jam 8.57 pagi di Klinik Batu Bertangkup, Chuping Perlis. Tak sempat nak lahir kat hospital kangar. hehehe

Friday, October 9, 2009

Rehat jap

Dah lama aku tak tulis kat blog ni. Sekarang dah pukul 2.11pm. Sebenarnya aku nak masak, aku nak masak sambal kacang sbb nak buat pecal. Lupa resipinya jadi aku masuk tenet jap. Alih ke blog kejap hehehe biasalah. Suami aku xde jadi aku leh la masak lambat-lambat. Dia ada kem lak kat sekolah. Tahun ni banyak benda yang merungsingkan hati aku. Dengan majlis kawin aku, research aku, la ni pregnant, dan ada beberapa perkara lagi. Aku due bulan 12 ni. Panggilan reviva pula katanya, bulan 12. Dua pekara ni yang memeningkan kepala aku. Pastu duk fikir kete aku kat johor lagi. Bila nak pegi ambik. Ingatkan cuti deepavali ni nak pegi ambik. Tapi xtau lagi mcm mana. Cermin kete retak lak. Nak ganti tayar pancit, nak ketuk rim. Ish banyak nye nak kena buat. Banyak betul dugaan aku tahun ni. Xhenti2 bersambung2...Astaghfirullahhalazim .....Nak claim yuran dari NSF lagi. Itu penting almost 4K, kalau xclaim rugi aku. Dah la buat research ni mcm xikhlas...jauhilah dari dpt supervisor mcm aku dpt... huhhuhuhu....nightmare beb....Ni nak fikir nama anak lagi...Ritu aku scan dah....dah tau jantinanya :). Tapi ku rahsiakan. Serabut rasa kepala otak aku ni. La ni jalan hidup aku susah. Aku berdoa lepas ni Ya Allah permudahkanlah hidup aku....banyak betul dugaan yang aku alami. Dalam blog ni aku tulis dugaan yang simple2 je. Yang dahsyat punya dugaan xku tulis dalam ni. Biarlah rahsia hehehe. Apa2 pun, walaupun aku menangis tp aku redha pemberian Allah. Hidup kita sementara, semua ni pinjaman, jangan disebabkan dugaan yang Allah bagi kat dunia ni kita sudah putus harap. Jadi bersabar, berdoa, usaha, dan tawakal. Jangan smpai putus iman kerana sekali kita putus iman dugaan yang lebih dan mungkin teramat besar menanti kita dihari pertimbangan dengan Nya. Masya Allah kuat dan teguhkan iman ku seteguh iman sumaiyah amin