Friday, October 9, 2009
Rehat jap
Dah lama aku tak tulis kat blog ni. Sekarang dah pukul 2.11pm. Sebenarnya aku nak masak, aku nak masak sambal kacang sbb nak buat pecal. Lupa resipinya jadi aku masuk tenet jap. Alih ke blog kejap hehehe biasalah. Suami aku xde jadi aku leh la masak lambat-lambat. Dia ada kem lak kat sekolah. Tahun ni banyak benda yang merungsingkan hati aku. Dengan majlis kawin aku, research aku, la ni pregnant, dan ada beberapa perkara lagi. Aku due bulan 12 ni. Panggilan reviva pula katanya, bulan 12. Dua pekara ni yang memeningkan kepala aku. Pastu duk fikir kete aku kat johor lagi. Bila nak pegi ambik. Ingatkan cuti deepavali ni nak pegi ambik. Tapi xtau lagi mcm mana. Cermin kete retak lak. Nak ganti tayar pancit, nak ketuk rim. Ish banyak nye nak kena buat. Banyak betul dugaan aku tahun ni. Xhenti2 bersambung2...Astaghfirullahhalazim .....Nak claim yuran dari NSF lagi. Itu penting almost 4K, kalau xclaim rugi aku. Dah la buat research ni mcm xikhlas...jauhilah dari dpt supervisor mcm aku dpt... huhhuhuhu....nightmare beb....Ni nak fikir nama anak lagi...Ritu aku scan dah....dah tau jantinanya :). Tapi ku rahsiakan. Serabut rasa kepala otak aku ni. La ni jalan hidup aku susah. Aku berdoa lepas ni Ya Allah permudahkanlah hidup aku....banyak betul dugaan yang aku alami. Dalam blog ni aku tulis dugaan yang simple2 je. Yang dahsyat punya dugaan xku tulis dalam ni. Biarlah rahsia hehehe. Apa2 pun, walaupun aku menangis tp aku redha pemberian Allah. Hidup kita sementara, semua ni pinjaman, jangan disebabkan dugaan yang Allah bagi kat dunia ni kita sudah putus harap. Jadi bersabar, berdoa, usaha, dan tawakal. Jangan smpai putus iman kerana sekali kita putus iman dugaan yang lebih dan mungkin teramat besar menanti kita dihari pertimbangan dengan Nya. Masya Allah kuat dan teguhkan iman ku seteguh iman sumaiyah amin
Subscribe to:
Posts (Atom)