Honeymoon ni dirancang secara mengejut. Sebelum ini kami ada merancang nak haneymoon sana lah sini lah, tapi tak jadi-jadi :(. Satu hari suami aku pegi kursus ke Langkawi. Semasa disana dia bagitau aku dia dah booking bilik dan kereta untuk kami honeymoon next week. Ahhhh macam mana ni, aku kat Johor masa tu. Aku perlu settled kerja aku kat situ, yang the most important aku perlu jumpa supervisor aku before aku balik ke Perlis. The problem is supervisor aku tak tetapkan appointment date untuk next week. :( suami aku kata kalau tak jadi next week, memang kami tak de peluang dah untuk honeymoon sebab masing-masing sibuk huhuhuhu....aku pun cubalah sedaya upaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Jadi 16hb.Mei.2009 (Sabtu) kami berangkat ke Langkawi. Ini first time aku jejak kaki ke Langkawi, excited giler. Actually kami planning untuk ke Langkawi pada petang jumaat 15hb, kiranya dapat lah lepak smp isnin, adalah 4 hari kami di sana. Hari Isnin tu Perlis cuti, hari Keputeraan Raja Perlis. Tapi tiba-tiba maktab call minta suami aku pergi meeting. Aku pun katalah tak apalah nak buat macam mana. So, hari Sabtuaru kami berangkat, kononnya aku akan tunggu suami aku kat Maktab then kami akan terus ke Jeti Kuala Perlis. Pada mulanya, aku kira-kira meeting tu paling lama ambik masa 3 jam. So aku setuju jelah, mak mertua aku tak bagi aku tunggu kat sana, dia suruh suami aku ambik aku semula di rumah. Tapi suami aku kata meeting mungkin sekejap dan lepas tu nak terus pegi sebab Jeti Kuala Perlis dah dekat dengan maktab. So aku pun tak kisah sangat. Tup tup sekali aku kena tunggu 4 jam da. Masa tu aku dah hangin 1 badan. Apala meeting lama sangat. Dari pukul 9.30 pagi sampai hampir kul 2 petang. Subhanallah saja yang tau dengan panasnya aku kat situ dan laparnya. Pada mulanya aku marah tapi setelah suami aku bawak aku makan tempat sedap..dan setelah kenyang baru aku cold down. hehehehe. Pastu lepas solat zohor, suami aku kata actually meeting continue balik petang tu. ahhhh gile apala meeting lama-lama. Takde perancangan betullah diaorg ni. Banyak sembang kata suami aku, start meeting pun lambat kul 10.30, huh.
So lupakan yang tu, sampai je feri kat Jeti Langkawi, aku dah senyum meleret aje. Dalam tak perasaan rupa-rupanya suami aku tersengih-sengih tegak telatah aku yang excited tu. hihihihi. Kat Langkawi cousin sepupu aku ambik dan hantar ke hotel. Kat sana kami tak jalan-jalan banyak tempat, disebabkan kurang masa. Setakat pegi Underwater World, naik Cable Car, lawat Lelaga 7, mandi laut (main lawan-lawan, kejar-kejar, eksyen kamen dan kameha meha dengan air) dan shopping kat Beras Terbakar (beli kain batik). Then kami balik Isninnya.
Kesimpulannya, everyting is fine, enjoy dan paling syok kami bercinta lagi. hehehehe.....
Wednesday, May 27, 2009
Our Honeymoon
Im Pregnant :)
Become a mother....ahhh tak sabarnya nak jadi ibu. Alhamdulillah aku disahkan mengandung 2 bulan. Betul-betul bunting pelamin hihihi. Dulu terfikir apa tu bunting pelamin, tapi sekarang aku dah tau ;). Agak mengejut berita ini untuk aku dan suami, tapi itu rezeki. Jadi aku dan suami perlu bersyukur ke hadrat ilahi di atas pemberian ini.
Sekarang terfikir anak perempuan ke lelaki. Bagi aku dan suami, mana-mana pun boleh. Nama pun kami tengah fikir. Kepada kawan-kawan, sekiranya ada cadangan bolehlah kemukan kepada kami :). Hadiah tak de ye hihihi. Apa yang penting bagi aku dan suami, anak itu soleh/solehah, taat kepada Nya, ibu bapa dan hormat persekitarannya, bijak iaitu berguna untuk agama dan negara amin. Doakan ye kawan-kawan :).
Sunday, May 10, 2009
Ayat-ayat Cinta
Aku suka sangat cerita ni. Cerita ni penuh konflik dan diisi dengan unsur-unsur cinta manusia dalam cara islam. Cerita ini betul-betul mengusik jiwa sehingga aku sendiri tertanya mampukah aku menjadi seperti Aisyah...Gadis tabah dan sentiasa mengharap rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Gadis comel yang amat setia pada suaminya dan amat kuat mengharungi liku-liku kehidupannya. Bagaimana dengan Fahri jejaka bijak yang sentiasa percaya akan ketentuan Allah s.w.t. Fahri adalah lelaki sopan, baik dan masyhur dikalangan pelajar universiti membuat kan ramai gadis tertarik dengannya dan ingin memilikinya. Sesudah itu Fahri yang amat setia dan percaya ketentuan Allah telah menikahi gadis bernama Aisyah yang diperkenalkan oleh tok gurunya. Beliau amat menyintai akan isterinya, telah diuji pleh Allah dengan terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh cabaran. Beliau dituduh memperkosa Nurou seorang gadis yang tiada pendirian dan.Subhanallah, uniknya cerita ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)